Syukur Alhamdulillah kerana diberi kesempatan untuk anjurkan aDieyza Wedding Anniversary GiveAway (GA).. GA ni sempena menyambut ulangtahun perkahwinan aDieyZa yg pertama pada 23 Julai 2011 yg akan tiba tak lama lagi..
GA kali ni dibuat hanyalah sekadar untuk berkongsi kegembiraan kami suami isteri dengan semua teman bloggers yg disayangi terutamanya kepada yg sudi follow blog ni & selalu singgah ke blog ni..
Untuk yg sudi join GA ni, korang x payah susah2 nak create entry khas tentang GA ni yer.. GA ni akan bermula pada 28 Jun sehingga 23 Julai 2011.. syarat2 untuk GA ni rasanya mudah jer.. sebab aku risau kalau susah2 sangat nanti tak ada orang pulak yg nak join.. hihihi..
Syarat2 GA:
1- peserta perlu menjawab soalan yg dinyatakan di bawah:
apa yg korang rasakan menarik@tidak menarik dekat aDieyZa.BlogSpot?
(panjang jawapan adalah tidak terhad, tapi janganlah sampai korang buat karangan pulak.. hihihi..dalam 1,2 ayat pun dah cukup.. hope dapat jawab dengan ikhlas yer.. soalan ni hanyalah untuk perbaiki kelemahan dalam blog ni & juga untuk pastikan blog ni sentiasa menarik untuk semua yg sudi singgah ke blog ni)
2- tinggalkan sedikit ucapan sempena our 1st wedding anniversary..
(tak kisah la korang nak buat ucapan yg sweet2 ke, kelakar ke, jiwang2 ke atau apa saja bentuk ucapan la.. yg penting ikhlas dari hati korang..)
3- jangan lupa bagitau link blog korang yer..
Untuk GA ni, korang cuma perlu tinggalkan jawapan, ucapan & link blog korang tu dekat kotak komen entry ni sahaja.. senang kan.. kepada yg belum follow blog ni, korang dialu-alukan untuk follow blog ni supaya korang senang dapat info masa aku nak umumkan pemenang GA ni nanti..
Seorang pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah.. seorang lagi pemenang dipilih melalui ucapan yg dirasakan paling bermakna di hati kami suami isteri.. siapakah gerangan pemenang bertuah yg mampu menambat hati kami suami isteri dengan ucapan yg bermakna tu? sama2 kita nantikan..
Hadiah? sesuatu yg istimewa dari tempat kami suami isteri akan berhoneymoon sempena menyambut our 1st wedding anniversary nanti.. insyaAllah akan cuba cari sesuatu yg istimewa di sana nanti..
Hope korang sudi join GA ni yer..
http://adieyza.blogspot.com/2011/06/adieyza-wedding-anniversary-giveaway.html
.