Sunday, May 22, 2011

Giveaway Gelimat Gegurl Gosh

Due to overwhelming responds dari gegirl gegirl diluar sana yang terlalu jakunkan dengan barang free , maka saya dengan ini berkobar nak organize satu Giveaway . Giveaway ni basically bukanlah kau cakap 'Saya mahuuuu' dan aku terus bagi . Taktaktak . Nak barang free kena demand sikit . Ewah , ada semut di celah dinding rupanya .

Tapi kau jangan gusar . Aku tak suruh kau buat benda yang susah pun . Tak bazir setitik peluh mahupun air liru kau . Cuma jari kau jelah kot yang penat . Jadi , apa kata kita pilih kejap nama giveaway ni apa ? Kalau letak nama sendiri macam konon hebat lah pulak kan . Jadi , ce try pilih tajuk bernas sikit . Hmmmmmmmmm



Baiklah . Kita bagi nama Giveaway ni sebagai "Giveaway Gelimat Gegurl Gosh" . I know i know . Macam haram but hello , nama pun gelimat . Haruslah segeli yang mampu . You gt me ?

What's with Gelimat ?

Gelimat , pastilah melambangkan identiti belog aku ni . Ye tak ? Jadinya wajiblah tempek sekali .

What's with Gegurl ?

Euw  . aku nak tulis ni pun naik gigil .
Well macam yang aku mentioned , giveaway ni lebih terbuka kepada perempuan jadi gegurl gegurl sikit lah ya akak akak adik adik .

What's with Gosh ? 


Well practically itu mungkin reaksi menyampah yang bakal keluar bila orang nampak perkataan 'Gegurl' . Terfaktab sekejap disitu . But terpulang lah . Kau nak barang free , kau join .



So apa yang perlu kau buat untuk join Giveaway ni ?

Senang sahaja . Boleh rujuk senarai dibawah .


1. Oppppp ! Jangan menggelabah disitu . Giveaway ni tak require kau untuk follow aku . Terpulang kalau nak follow ke tak , sikit tak heran .

2. Kewajipan utama untuk join giveaway ialah buat entri pasal giveaway ini dan tolong describe apa yang kau personally think about my blog . Tak kisah lah kau nak maki ke apa tapi aku confirm memang tak ada nya kau nak maki pasal nak hadiah free kan ? Jadi option kedua , boleh puji melambung lambung .

3. Title entry pasal giveaway ni kau boleh copy dan paste ya . "Giveaway Gelimat Gegurl Gosh"

4. Sila tag at least 3 orang untuk join giveaway ni . Tapi make sure dia tahu diri dia di tag . Dia join ke tak join , itu dia punya pasal . 

5. Sila tempek gambar berikut di dalam entry . Ya muka puyu aku ni . Sila tempek . Nak muntah 3 kali pun tkpe . Tapi tempek tetap tempek!
 

6. Lengkapkan slogan ... " Merujuk kamus dewan edisi 2018 , aku rasa maksud GELIMAT tu ialah ..... " (mampus kau lah nak buat panjang mana )






Eh macam susah ke ? Alah jangan berkira sangat . At least berseri sikit belog kau ada post daripada duk bersawang je . Ye tak ?

Jadi buat siapa siapa yang dah join , boleh tinggalkan link entry kau kau kau disini , berserta kod pilihan hadiah . Anda dikehendaki pilih DUA (2) daripada hadiah di bawah .



GGGG 01
GGGG 02
GGGG 03
GGGG 04
Pemenang akan dipilih seramai 4 orang ya puan puan sekalian .
Dinilai atas kekreatifan entry dan slogan kalian .
Sekian .



Mungkin hadiah tak berapa nak awesome tapi tunggulah projek cuti sem nanti nak kasik yang lagi gempak . Tapi apa apa pun aku nak tengok sambutan untuk giveaway yang ini dulu .




Tarikh tutup penyertaan ialah 2 minggu dari sekarang dan mungkin bergantung pada jumlah penyertaan . Kau kira lah sendiri . Okay bye bye!








.

No comments: