Saturday, May 21, 2011

Giveaway Belog Nemomimosh

Bismilahirrahmanirrahim. Salam semua. Yeah. Baca tajuk tak? Okay dengan ini julung-julung kalinya cik Nemo nak buat giveaway. Hari tu shaye ada tanya pendapat uols kat entri INI. Thanks kepada semua yang bagi respon kat ruangan komen, chatbox, facebook dan lain-lain. Semuanya bagi komen yang membina. Muaaahhhh! #tetiba.

Okay kite teruskan. Macam mana nak join giveaway? Di sini shaye ada tetapkan beberapa syarat-syarat penyertaan. Jangan risau, shaye takkan susahkan uols. Tak payah follow belog ni pon takpe, takde paksaan. #sentap Benda senang je nak buat, apa yang uols perlu buat ialah :

Syarat penyertaan
1. Add as a friend Zeera Boutiquee di Facebook. (sebab diorang penaja. Kalau dah jadi friendlist tak payah add dah)
2. Sila buat satu entri mengenai giveaway ni dan tampal banner ni dalam entri tersebut. (Nak copy paste entri ni pon takpe asalkan uols kepochi kat belog uols)



3. Jangan lupa link kan sekali banner tu ke belog Nemomimosh.
4. Tag 3 orang kawan. Sila maklumkan kat diorang pasal uols tag diorang.
5. Dah selesai semua, sila tinggalkan komen dan penuhi maklumat yang diperlukan :
Nama kat Facebook : ________________(senang nak check uols dah add Zeera Boutiquee ke belum)
Link : ____________________________ (Link entri yang uols buat pasal giveaway ni)

Senang je kan? Tak perlu slogan-slogan bagai sebab shaye tahu uols mesti malas nak fikir banyak. Shaye pon pening kepala pulak nanti nak pilih slogan mana yang best. Hehe. Giveaway ni diberikan berdasarkan cabutan undi je nanti. So, siapa yang bertuah uols boleh pilih salah SATU sahaja daripada hadiah-hadiah di bawah ni. Best kan? Boleh pilih-pilih hadiah. Ececeh. Haha. So cepat-cepat join sebab kalau boleh shaye taknak buat giveaway ni lama-lama.

Antara giveaway yang nak di beri. Kalau bertuah boleh pilih SATU sahaja. SATU je tau. Bankrap kang kalau nak bagi semua. Haha.



Tarikh tutup penyertaan : 31 May 2011
.

1 comment:

Era said...

Thanks sebab iklankan. Tak join keh? :)