Cambest jer.Apa syarat2nya En.Hakim?
1.Nasihat aku,follow blog ni.Ini bagi memudahkan korang untuk mengikuti perkembangan tentang contez ni.Takdelah tercari2 dikemudian hari.Tak gituw?
2.Copy Banner kat bawah ni.Dan lampirkan(wah) bersama post anda kelak.
3.Dengan menggunakan tajuk post “Contez “Saya kenal sangat si Hakim tu””Cuba terangkan/explain/gambarkan/rajahkan siapa sebenarnya Hakim.Which mean,rupa dia ke,sifat2 dia ke,perangai dia ke,ntah2 dia Superhero ke.Ntah2,si Hakim ni orang tua ke.Gambaran,tak semestinya LOGIK,Mengikut kreativiti memasing.Lagi tak mampu capai dek akhlak akal,lagi best.
Medium dia pulak,tak kisah.Nak tulis ke,nak lukis,nak buat model,nak buat video sekalipun hatta nak buatkan lagu pun,aku tak kisah lansung.Lagi kreatif,lagi stylo mylo.Of coz,nak menari tiang sambil menyeru aku pun ok takde hal punya.Tapi,kalau mahu menari tiang,aku hanya accept yang gadis2 jer.Ehem.
Tips:Aku suka ketawa.Lagi banyak ketawa aku korang dapat,lagi cerah masa depan.
4.Pastikan link untuk contez ni di sertakan di Post.
5.Tag sekurang2nya dua orang.Lagi lebih lagi best.Kalau dapat tag sepuluh orang dan sepuluh2 orang tu join,lagiiiiiiii aku sayang.
6.Dan tuliskan sebab kenapa aku kena pilih ko punya post sebagai jaguan.
7.Setelah semuanya selesai,just post jer link kat ruangan komen nie.
Tapi Hakim,saya ni tak kreatif/pemalas/tenet lembap/sakit jari/lapar/gatal hidung/busuk/lukisan buruk/suara tak sedap.Camne?
Ha!jangan takut.Korang still boleh menang untuk tiga Manusia berbuah bertuah.
Manusia bertuah?Explain peliz.
Setiap penyertaan korang,akan melayakkan korang untuk memenangi title Manusia Bertuah yang akan diundi kemudian.Kiranya,walaupun korang rasa macam tak boleh nak menang lansung,but still,korang masih ada peluang sebab semua peserta yang masuk dan tak menang akan diundi pulak untuk memenangi saguhati.Kira cabutan bertuah la.Untuk memudahkan korang,meh aku bagi format siap untuk yang malas sangat tahap petala lapan tu,tapi still nak memenangi something.
(Follow blog)
__________________________________________________________________________
Tajuk post:Siapa Sebenarnya Hakim tu
{Link contez}
Hakim tu sebenarnya Sebatang pen
Tag:
Saya kena menang sebab saya hensem.
(Post link)
_______________________________________________________________________
Nampak?Senangkan?Dah ada peluang nak menang RM10.Anyway,sila jangan tiru bulat2.Tukarla sikit part Tag nama tu dengan siapa aku yang sebenarnya.Kalau ada yang buat sebijik betul tanpa sebarang perubahan,aku tarik side burn.
Emm,senang jer ni.Ok En.Hakim.Cakap banyak tak guna.Apa yang kau nak bagi kat kitorang ni?
Baiklah2,aku tahu.Maafkan kerana terleka.So,inilah hadiah2 yang korang boleh menang nanti.
Hadiah tempat Pertamax:
Topup atau Wang Tunai bernilai RM40
Atau
All u can eat at PIZZA HUT
atau
Cenderamata bernilai RM60(Tudung,batu tudung dari vietnam)
Dan
Post dan blog akan dipromoted secara habis-habisan
Hadiah tempat Keduax:
Topup atau Wang Tunai bernilai RM30
atau
All u can eat at PIZZA HUT
Atau
Cenderamata bernilai RM50(Tudung,batu tudung dari vietnam)
dan
Post dan blog akan dipromoted secara sederhana-sederhanaan
Hadiah tempat Ketigax:
Topup atau Wang Tunai bernilai RM20
atau
All u can eat at PIZZA HUT
Atau
Cenderamata bernilai RM40(Tudung,batu tudung dari vietnam)
dan
Post dan blog akan dipromoted secara kecil-kecilan
Manusia Bertuah (Untuk Tiga Peserta): Topup atau Wang Tunai bernilai RM10
Untuk 25 Penyertaan yang pertama:Anda berpeluang mendapat hadiah saguhati.
(Note:Pihak pengajur berhak menukar hadiah pada bila2 masa.Tapi,jangan takut.Ianya takkan berkurang dari yang dipaparkan.Menukar maksud bertambah banyak.Hehehe)
Perghhhh,best gila En.Hakim.Hadiah dia betul2 menggugat iman saya.Jadi bila agak2 hari last saya nak hantar penyertaan saya ni?
Ikutkan rasa hati aku,esok jer tarikh tutupnya.Tapi,aku taknak la macam tu.Kesian.Jadi aku bagi tempoh sebulan untuk korang cari Idea kaw2.Bermakna 23 JULAI 2011 merupakan tarikh tutup untuk menyertai contez ini.Tapi nasihat aku,baik korang hantar cepat2 sebab korang dapat dah hadiah saguhati.Untuk 25 peserta pertamax jer tahuuuuu.
Apa2 pun,aku tak sabar nak baca.Ntah camne lah korang nak gambarkan aku ni.Dah la ini contez aku yang pertamax.Harap2,dapatlah sokongan padu daripada anda semua.Terima kasih!And GoodLuck!
http://hakimlifeisastory.blogspot.com/2011/06/jom-sertai-contez-yang-menawarkan.html
.
No comments:
Post a Comment