Friday, May 20, 2011

GIVEAWAY ♥SAYA SUKA KUIH♥ SEMPENA PERASMIAN BLOG BARU :)



Assalamualaikum.....hari ni kak Ina rasa happy sangat2 coz template baru kak Ina dah siap...OK tak template baru ni..nampak proper la sikit kan...kalau yang dulu tu kak Ina main belasah je...Terima Kasih kepada Sha daripada Whitemommy yang sudi buatkan template untuk kak Ina...kesian kat Sha yang terpaksa melayan karenah dan permintaan kak Ina selama 2 minggu ni...he he...sori ye Sha...susahkan awak je...Kalau korang minat nak buat template macam blog kak Ina ni, boleh la singgah kat blog SHA ye...macam2 design ada kat situ...rambang mata dibuatnya...tapi kak Ina suka yang simple je..tak sarat mata memandang...

So sempena perasmian blog baru Kak Ina ni, kak Ina cadang nak buat GIVEAWAY buat pertama kalinya... senang je caranya...

1.  Mesti ada blog coz senang kak Ina nak skodeng korang pulak kan..he he..
2.  Mesti jadi follower blog kak Ina ni...best ape baca blog kak Ina ni..mesti tak nyesal punyer..he he..sori prasan je...sapa2 yang dah jadi follower tu lagi la dialu-alukan join contest ni..
3.  Copy and Paste banner kat atas dan buat link GIVEAWAY kak Ina ni ok..
4.  Pastu cerita la sikit kenapa korang suka makan kuih...kalau tak suka pun buat2 suka pun takpe..he he..belasah je :)
5.  Last sekali sila tinggalkan komen kat bawah...so senangla kak Ina nak follow up nanti..

Amacam senang tak...macam kacang mamak je kan..he he..

OK hadiah penghargaan untuk 10 blogger terawal yg join contest ni, kak Ina nak bagi hadiah cikit... walaupun kecik tapi bermakna tau...nanti kak Ina mintak address kat FB ke kat email ke ye..

Dan Hadiah utama untuk pemenang contest kak Ina ni ialah bekalan kuih muih di hantar terus ke rumah korang selama setahun..hik hik hik...lawak je lor...hadiahnya jap lagi kak Ina upload ye...tengah fikir2 yang best2 sikit...

So korang...ajak la kawan2 join contest GIVEAWAY ♥SAYA SUKA KUIH♥ ni ye...budi baik korang nanti kak Ina balas dengan buat tutorial buat kuih banyak2 lepas ni OK..

Tarikh akhir join contest ni pada 13hb. Jun 2011..(Tarikh yang amat bermakna pada kak Ina ni..)
http://zalinzalina.blogspot.com/2011/05/giveaway-saya-suka-kuih-sempena.html
.

No comments: