Saturday, June 18, 2011

My 1st Give Away : Simple Game to Win.

Ni merupakan kali pertama aku cuba memberanikan diri untuk membuat give away. Hope ada la yang sudi join. Kalau sambutan memberangsangkan, insyaallah aku akan cuba buat lagi give away di lain masa dengan hadiah yang lebih lumayan. Kalau boleh, ajak la kawan-kawan korang join yer. Jom ramai-ramai pakat join. Syaratnya pun simple dan mudah. Jom check it out :

1. Kepada yang belum follow blog ni, sudi-sudilah menekan butang follow ye. Takde paksaan.

2. Buat 1 entry bertajuk "First GA Operasi Hitam : Simple Game to Win". Apa yang perlu ada dalam entry korang :
  (a)  Copy banner di bawah dan linkkan ke entry ni.
!                                                                           operasihitam !

  (b)  Tolong aku untuk sambungkan ayat ini "Sedang aku berada di pasar untuk membeli ikan, aku ternampak penjual ikan itu menggaru-garu ketiaknya. Lalu aku ........."
  (c) Akhiri ayat yang korang sambung tadi dengan ayat "...........makan beramai-ramai."
  (d) Tak kisah korang nak buat karangan panjang beribu-ribu patah perkataan atau sependek 2 ayat sahaja. Terpulang kepada kreativiti.
  (e) Minimum 2 ayat.

3. Tinggalkan URL entry dan jawapan yang korang dah buat tu di ruangan komen entry aku ni.

4. Tarikh tutup berdasarkan penyertaan. Jika penyertaan dah ramai sangat, aku tutup. Kalau tak mendapat sambutan sangat, maka lama la aku bukak, dalam 2,3 hari ke. Sebab ni first give away dari aku. Tak berani nak agak lagi macam mana sambutan.

5. Pemenang akan diumumkan selepas sehari atau 2 hari penyertaan ditutup. 3 pemenang akan dipilih berdasarkan kreativiti.

6. Hadiahnya adalah :
  (a) 1st prize : topup RM10
  (b) 2nd prize : topup RM5
  (c) 3rd prize : topup RM5

7. Pemenang akan dihubungi. Jangan risau. :D

Maaf ye, hadiah ciput je. Kalau sambutan menggalakkan, insyaallah kalau ada rezeki, nanti aku buat give away lebih lumayan.





http://operasihitam.blogspot.com/2011/06/my-1st-give-away-simple-game-to-win.html


.

1 comment:

Amey said...

thanks ye.. bnyk2 trima kasih.. :D