Tuesday, August 9, 2011

ramadhan giveaway: feel and felt

Assalamualaikum.
hai semua.

saya keletihan tahap maksima tapi tak boleh tido.
saya terus ke maksud asal okeh.
saya nak buat giveaway ni. tapi tempoh tak lama. syarat pun senang sangat.
sebab saya menyibukkan diri dengan kerja lain. (alasan si pemalas harap maaf)
ok, sebelum tu nak beritahu ni.
hadiah tak seberapa tau.
hadiahnya ialah DESIGN YANG DIPERBUAT DARIPADA FABRIK FELT SEPERTI GAMBAR DI BAWAH.
saya cuma nak kongsi apa yang saya minat dengan kamu semua.
lama sangat dah berkubur minat saya yang satu ni.
minat buat kraf heheh.


ini hasil kerastangan saya. saya buat design gune fabrik felt lepas tu jahit terus ke tshirt. sekarang tengah buat untuk anak-anak dan anak sedara dulu. 

 untuk baby Luqman.

untuk anak dara saya, Nur Imanina.

untuk anak Anim Seran merangkap anak buah saya.

ini bakal dijahit di baju adik pempuan keenam saya. tema baju permintaan beliau ialah "bunga-bunga cinta" kemain lagik. 

saya guna 100% jahitan tangan menggunakan jahitan asas contohnya seperti kia/backstitch, jelujur/running stitch, insang pari, lilit ubi dan french knot. memang rumah takde mesin jahit pun.sobsob.

okla, kesian kena baca panjang berjela ye. maaf sempena bulan mulia ni ye.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN GIVEAWAY: FEEL AND FELT.

1.terbuka kepada semua bloggers KECUALI sanak saudara saya, rakan taulan dekat ke jauh atau bau-bau bacang.
2. tak perlu buat entry.
3. tak perlu follow blog saya. kalau rela hati sukati.
4. CUMA tinggalkan komen di ruangan komen blog saya di entri ini SAHAJA.
5. komen perlu lebih tiga patah perkataan. tapi takmahu buat karangan le pulak.
6. tinggalkan nama, email address, dan link blog kamu di ruangan komen berserta komen YANG MENAWAN KALBU SAYA DAN JURI JEMPUTAN iaitu Anim Seran.
7. giveaway bermula 9 Ogos 2011 dan tamat pada 16 Ogos 2011.
8.keputusan akan diumumkan di blog saya ni dan saya akan personally email pemenang. almaklumlah kan tak kena follow blog ni. 
9. komen mestilah tidak mengandungi unsur-unsur hasutan, ugutan dan fitnah dan melanggar Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. (eh ni akta yang encik suami gunapakai dalam pekerjaan beliau. abaikan tukang blog yang tingtong.)
10. seramai dua orang pemenang akan dipilih ye.
10. keputusan juri adalah muktamad.

sebenarnya apa yang korang kena komen ni???
APA SAHAJA asalkan tentang apa yang saya cerita dalam ENTRI ini.
kalau tak faham silalah bertanya.
kalau dah seminggu tapi sorang jek sudi komen, saya bagi jekla kat orang tu sesorang sambil bercuti blogging seminggu sebab malu gile takde orang nak komen.kihkih.
KALAU DALAM MASA 24 JAM TETIBA MELAMBAK KOMEN SAMPAI 100 saya terus tutup penyertaan ye. (melampau macamla ade 100  orang nak komen entri dia.haha)

HADIAHNYA IALAH SEHELAI TSHIRT beserta tampalan yang saya buat daripada fabrik felt. 
gambar contoh kat bawah ni. 
pemenang nanti sila beritahu saya nama yang korang nak dan corak apa mau letak.
saya belum terer sangat so, simple2 jek la saya pandai. kita nego ye nanti. hehe.
so, selamat beri komen.  terima kasih daun keladi. =)

ini baju budak kecik umur 2-3 tahun. 
 
 
 
 
 
 
.

No comments: